tomorrow maknanya kebebasan

salam dan selamat berpuasa.
aku nak ulang lagi sebab eksaited.
hari ni hari last aku kerja.
yeay panjang-panjang.
tapi pagi-pagi lagi orang dah wat aku bengang.
but never mind aku malas nak pikir coz sekarang dah under pressure.
aah kemain poyo ayat kat atas.
tapi bukan itu yang aku nak cakap-cakap.
aku nak cakap esok puasa.
dan aku berasa heaven semacam tahun ni aku sambut puasa kat rumah.
so tiga puluh hari aku berbuka menikmati juadah masakan mak aku.
kau ada?GELAK KEJAM

ok.so aku nak ucapkan selamat berpuasa ye kepada semua umat islam.
puasa elok-elok.ibadah pun elok-elok.
k bai.

pelan pelan waklu

ok agak kasar ye bahasa di atas.
bukan ape.aku rasa customer kali ni macam keterlaluan-kamu-ya.


cuba bayangkan bila kita diberi tugas typing and printing,
twenty-three pages,
pastu kene translate dari english ke bm.
isn't it easy?



mesti ayat pertama kau nak cakap 'alah google translate jelah'
kan kan?waklu !
kemain payah aku wat.copy paste copy paste.
esok bangun tido tengok2 jari aku dah macam ikatan ketam yang kau suke wat tyme sekolah rendah dulu.
so sekarang keputusan dia aku malas nak wat.
tu je nak cerita.
yela kalau tempat lain diorang charge satu rat lebih kut.
akak tu cakap 'ala..adik wat la pelan-pelan..xpe'
kalau pelan-pelan aku seminggu la pelannye pun...
kau juz perlu bayar rm63.tokey **** pun bankrap kak!
nasib la aku ni bukan jenis nak membelot.
so aku wat taktaw jela sebab aku tak sanggup.

pemberitahuan.
esok hari last aku keje.
so dah takde keluhan kesakitan kerja.
ok lah bai.

first tyme meet lelaki yang osem

salam..
ok ini semalam punya story..
aku berjalan-jalan seorang diri ke tengah kota..
kota kota kuala lumpur..
walaupun agak sebak sebab takde sape kawan aku yang free..
hari tu saje la hari yang aku ada sebelum nak puasa ni..
tapi memang puas jln semalam..
dapat makan puas-puas..
shopping puas-puas..
and satu lagi kepuasan yang aku dapat..
aku terserempak dengan zul huzaimi..
ala batak kan?ye aku memang sedikit batak pun..
tapi bukan tu persoalan sekarang..
aku nak cakap zul huzaimi tu osemmmmm sesangat..
osemm dari pikca pikca yang kau google kat google tu..
dia kacak cool dan bergaye..kau memang pompom..
nasib baik semalam tak mimpi kau..
kalau tak sampai hari ni aku senyum sorang2 teringat pertemuan semalam..
hahaha.ni memang amat ye.amat.
kalau camni tiap kali turun kL aku nak pergi bukit bintang..
mane la taw lepas ni dapat jumpa aaron aziz ke jazzy rashid ke..
mungkin lebih osem bukan?
yang penting aku kene jalan sengsorang la..
baru rezeki lebih sikit kut..
hihi gedik k bai !

kau pikir

aku remote control kau ke?!
hissssssshhhhhhhhhhhhh!

sometimes aku rasa

macam nak tanya,
"weyh apa masalah kau ha?"
lepas tu nak tanya,
"life kau perfect sangat ek?fine...."
nak cakap pulak,
"ah lantak kau lah.malas aku layan kau.ego!"
lagi nak cakap,
"ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!shittttt!"

nak meletop !

haish.penat gila dah rasenye sekarang.
aku kene bertahan untuk tiga belas hari je lagi.
sabaq banyak2 nah..
itu la pesan si dia kat aku.


tapi....
yang aku tak leyh tahan sabar ni ngan customer yang nak surfing tapi tak reti.
pastu wat muke mengade2 macam nak mintak penampa kat aku.
antara ayat yang nyembeling "tolong jap dik abang taktaw la"
dan semua yang perangai ngade ngade tu laki!!!
eish! shuh la kalau taktaw guna.
jangan serabutkan otak aku boleyh dak?


hari ni mai plak bangla sengal.
sengal dia dikuasakan dengan seribu dua ratus sembilan puluh sembilan !
grr dah dalam emel ko takde surat.
ko nak complain kat aku macam aku google center.
bende ada dalam pc dia pastu tak masukkan dalam emel ko mane nak ada?
pikir-pikir dan selamat memajukan otak.
grrrrrr

flying~

I wish that you were here or that I were there, or that we were together anywhere.
Before I sleep and after I wake up and all the hours in between. You occupy my mind. It's not a 'good-bye', only a long 'I'll see you later'.
Today I did three things. Miss you, miss you and miss you.

kite bako !

it's about 8a.m.
aku pun baru terjaga.
lepas menggeliat dan berpusing2 atas katil aku turun ke dapur.
nak masak kononnye nak bawak bekal pergi kerja.
ok.siap dah masak bihun singapore.
aku pun masuk bilik balik lepas tu sambung guling2 balik.
*awal lagi ni.tengok tv sat*
*aduh sakit pulak perut.pergi tandas lah*
nak melangkah je masuk tandas aku terbau pulak benda hangus.
eh aku lupa tutup api ke lepas masak tadi?
aku jenguk jap luar bilik.
weyh apehal asap berkepul semacam ni?
kenapa ada bunyi macam gas bocor?
aku pun lari turun tangga pergi kedapur.
ya Allah api tengah menjalar kut.
terus dalam otak aku terbayang cerita endon time rumah terbakar.
sorang2 je dia mati dalam rumah yang terbakar tu.
ok.aku tak dapat nak wat ape sebab takut api tu makan diri aku.
pergi la keluar panggil makcik sebelah.
"makcik!makcik!dapur terbakar!"
nasib baik ada orang lelaki gak kat umah makcik tu.
dia la yang tolong.makcik pun aku tengok terketar gak.
lepas api dah reda aku terus call bapak aku.
then dia suruh kakak aku datang.
ayah dengan mak aku balik kampung.
so tu la sebab aku rajin semacam masak.
tengok2 paip gas yang bocor.
hari ni half day kerja.
till now aku rase shock lagi.demam pun ada.



ni la keadaan dapur luar selepas kebakaran

cuti pertamaNYER

Assalamualaikum and good good..(;


yesterday was my off day.it's Sunday rite? so boleh la request for a cuti !
tapi nama je cuti.aku keluar gak.
went to klcc meet kak shira.
planning to watch Transformers 3Dkononnye.
biasalah hari Sunday Monday Tuesday Wednesday~ *hukaloh menyanyi pulok !
tiket sume full so aku decide tengok yang bese punye.
pun jadilah dari mengidam ngidam nak tengok kan.


kesimpulannye pun, cerita ni memang best.
aku memang peminat fanatik MEGAtron.
especially BumbleBee dengan Optimus Prime.hihi.
dalam TF 3 ni sorang anggota diorang ni mati sebab kena bunuh.
sedih giler mase tengok dia kena tembak dengan si Prime lagi sorang tu.
banyak gak adegan sedih.contohnye Megatron kene halau dari Bumi.
time tu sangat sedih.Bee pun menangis keluar air mata.
tapi aku tak suke heroin baru cerita ni.
gedik plus mengada.tak macam Megan Fox.
menjerit jerit pastu tak bagi Sam tolong Bee.nampak sangat kan.haha.
so average of this story aku memang berpuas hati.
walaupun duration agak lama(3jam) tapi aku sikit pun tak rase bosan.

and after the movie aku balik pun sebab rase penat sangat adoilah.
btw,
love BumbleBee!


KERja

assalamualaikum and hellooooo (;

i'm juz back from kedah aman.rindu sesangat kat orang kedah even baru seminggu baru berpisah.
tak sabar tunggu nak grad.yeay !

orang kedah sebut keja,

orang perak sebut koje,

orang kelantan sebut kijo,

orang ki el pulak sebut keje.
*ape kaitan ha?*


now, i'm working as a worker of a cyber cafe near my house.
nak tambah duet.bulan 10 nanti plan nak turun kedah lagi.:D
bak pepatah adnan sempit di mana ada kemahuan kat situ ada highway.
dalam malas2 aku nak gerak p cari keja,
akhirnya aku success gak menrajinkan nye pun diri aku adoi nyer.
pastu terus je aku dapat keje kt cc ni ha....
*nampak sangat update blog kt cc*
today is my first day.xde la bosan sgt coz keja2 cc ni simple2 je.
kene jage pc, kene printing, kene scanning, kene faxing, kene fotostating and etc.
memang tak ingat la kan kalo nak belajar sume dalam sehari.
tapi bedal jela.cakap je fhm.hihihi.
and dalam mase sehari ni gak la macam2 perangai and prob aku bersemuka.adoila pun.
tak penat juz mengantuk je.sape suruh tido lambat semalam.rasekan pun.
ok ok lain post if rajin la kan nyer aku update la nyer adoi.


see yaaaaa!


i think that day is night -..-